Monday 16 July 2012

Kije .. Kije dan Kije

Salam...

Hari ni pergi ke mesyuarat untuk sekolah kualiti.. untuk pengetahuan semua, mulai tahun ni saya dah dilantik menjadi seorang Pengurus Kualiti... hmm sungguh tak sangka orang boleh percayakan kebolehan saya untuk menguruskan pembangunan kualiti di sekolah saya..macam tak percaya je kan.. ye la..saya bukan jenis yang terurus sangat, pastu nak kena uruskan orang lain..macam pelik aje bunyinya...

Apa pun saya dah pegang tugas ni bermula dari bulan Mac hingga kini..memang tak dapat lari betul la.. bukannya saya tak sukakan tugas ni tapi ianya memang mengambil masa saya..penat dan pening nak melayan org lain.. ada yang senang untuk di'handle' dan ada jugak yang susah betul nak buat dia faham..

So, hari ke mesyuarat untuk kali ke-3 bagi projek ni..huuhuhuh..sangat-sangat-sangat membosankan..apa la yang nak dibuat lagi..sekejab camni..sekejab lagi camtu..naik muak mendengarnya..apa la...tapi sebab kije kan, dengar aje la..nak buat camana kan...

Ada 17 prosedur yang perlu diikuti untuk projek ni... hari ni cuma pengurusan mesyuarat..salah satu prosedur aje tp macam nak muntah je mendengarnya..banyak betul yg kena di ubah..patutnya diorang kena settlekan satu-satu baru la senang sikit nak faham kan..walaupun bosan tapi faham jugak la sikit tuuu...

Tak tahu apa sebenarnya nak ditulis ni..hari yang sangat membosankan..dan memenatkan..so kita rehat dulu la ya...

adioss...



No comments:

Post a Comment