Wednesday 2 January 2013

Kembali...

Salam...




Lama blog ni tak bersentuh..lebih senang menulis di kertas berbanding di sini...susah untuk meluangkan masa di sini tapi masih sebab hati masih mahu mencuba so kita tengokla nanti ya.. bak kata sahabat langit dan bumi, "we'll see"... tahu sangat perangai dan semangat suam-suam kuku sahabatnya ni...huhuhuhuu...

Diam tak diam dah 3 bulan saya di bumi Sakura ni... terasa sangat lama, padahal baru 3 bulan... macamana la seorang teman yang dah 13 tahun belajar, bekerja, belajar dan bekerja di sini...sangat-sangat mengkagumkan sungguh... 

Cuti musim sejuk bermula minggu lepas..so apa lagi balik kampung la jawabnya... kalau masa di Malaysia dulu, cuti 10 hari tu macam-macam boleh buat... tapi kali ni, cuti 10 hari macam berlumba rasanya...terlalu banyak yang nak dilakukan..terlalu ramai yang nak bertemu mata.. tapi masanya sanggaaatttt cepat berlalu...

Perancangan yang dibuat dengan penuh semangat dan teliti... tak pernah merancang pelbagai aktiviti untuk masa bercuti..selalunya macam tak  kisah pun bila cuti.... tapi betul la bak dikata..kita merancang tapi tuhan menentukan segalanya...banyak perkara yang tiba-tiba tak dapat dibuat, padahal dah difikirkan berkali-kali semasa merancang....



Banjir di rumah.. memang tak masuk akal tapi itu yang terjadi..selama tinggal di situ, tak pernah lagi air naik sampai tak boleh bergerak ke mana-mana...

Tapi saya tak menyesal langsung... 10 hari bercuti memang sungguh menyegarkan minda dan hati.. sungguh berbaloi walaupun terasa sangat penat...berjumpa dengan ma...abah..adik-adik serta kawan-kawan menjadi  ubat yang sangat mujarab dan berkesan untuk hati ini..walaupun sekejab...kesian ma, abah dan adik-adik yang kena melayan along yang manja dan mengada-ngada ni..tapi nak buat camana, ini aje la along yang mereka ada kan... terima kasih ma, abah, angah, ateh dan abe... terima kasih sangat-sangat...

Yang paling penting, dapat berjumpa dengan sahabat langit dan bumi... itu yang paling membahagiakan.. walaupun dapat bercakap hari-hari..dapat ber'skype' hari-hari tapi tak sama dengan bercakap bertentangan mata...sangat berkesan untuk mengubat rindu sepanjang 3 bulan ni...rasa tak puas dengan masa yang ada, sangat-sangat sekejab... tak sempat untuk buat apa yang sepatutnya nak dibuat... tapi apa pun sangat berbaloi cuti saya kali ni...dapat berjumpa sudah seribu satu syukur buat saya...

Dan kini saya kembali di bumi Sakura... insya allah, suntikan ubat dan penawar rindu 10 hari yang diperolehi takkan dipersia-siakan....momentumnya sudah ada..jadi saya perlu kembali untuk menyambung apa yang sepatutnya saya buat di sini.. apa yang saya sendiri nak buat di sini... tak perlu sedih-sedih lagi kan cik kak ya... Harap-harap saya boleh bertahan untuk 2 bulan lagi..insya allah..

Okla, berhenti di sini dulu.. azam tahun ni taknak bagi blog ni bersawang..boleh ke...insya allah ...doakan ya...aminn...jumpa lagi nanti..

-Adios-
From Japan with lots of love..