Friday 28 June 2013

My 1st Chiba-Kun Tour..

Salam...

Sebenarnya saya sangat excited nak cerita pasal trip pertama saya sebagai Duta kecil Chiba-Kun...tapi kena sabar sebab nak tunggu gambar dari kengkawan lain dan juga dari Chiba kun office kan...banyak sikit pilihan gambarnya kan...

Trip pertama sangat menarik walau pun penat sikit...apa taknya, kitorang pergi 3 tempat dalam masa sehari...bayangkan la kan...walaupun dalam Chiba sahaja, tapi Chiba ni besar kot...selama ni saya sendiri pun tak perasan Chiba ni besar sangat rupanya...kannn....


Sampai-sampai je kitorang di tempat berkumpul tu, dah ada yang tunggu...semua dapatkan satu sampul yang berisi maklumat perjalanan, ID Chiba-ku (best2...) dan juga duit tambang (pergi-balik)... 


Rupa-rupanya, sebagai duta kecil Chiba ni, semua dapat kelebihan untuk melawat tempat2 menarik di Chiba dengan percuma..siap ada yang bole bawak kawan lagi...dan PERCUMA juga..hehehehee... tapi bole pergi sekali je la untuk setiap tempat kan..tapi still menarik juga.. jadi kengkawan, sesiapa nak berjalan sekitar Chiba, bagitau saya ya...mana tau bole pergi sesama dan percuma pulak tu...hehehehe..tetiba je nak poyo kan... tp dah orang bagi kan, kita guna je la kan....

DESTINASI PERTAMA :

Tempat yang pertama kitorang pergi ialah KIKKOMAN SOY SAUCE MUSEUM.... mulanya saya dok fikir apa yang best nya kilang sos soya ni kan...ishkkkk...apa yang nak ditengok kan..

 Muka semua Chiba-kun Taishi yang excited nak berjalan2...

So, bila kitorang sampai, semua  masih dalam mood yang teruja nak tengok apa sebenarnya Soy Sauce Museum ni kan...


Kami dibawa ke dalam muzium dan diberi penerangan secara ringkas...bila tengok soy sauce dan makanan, perut mula la rasa lapar kan..hehehehe.... ingatkan dah habis kat situ, rupa-rupanya ada lagi penerangan yang nak diberikan....so kitorang ikut je la kan...



 
 


 


Tapi bila dah masuk ke tempat penerangan tu, semuanya teruja lebih la pulak...sebab setiap papan kenyataan yang ditunjukkan tu dalam dwi-bahasa..Japan and English...so bagi org yang so-so Nihongo ni, terasa amat teruja sebab bole faham dengan jelas apa yang nak disampaikan...hehehehhehe...dahla siap ada kartun yang comel plak tu...menarik-menarik...

Kemudian kitorang dibawa ke sini...

Cantik sangat..ingatkan rumah..rupanya tempat penerangan macamana orang dulu buat sos soya ni secara manual....
Tempat ni sangat menarik untuk dilawati...masa kitorang datang tu pun ada ramai je yang datang..siap ada rombongan anak-anak sekolah lagi...


 siap dapat gift...menarik kan...

sessi makan aiskrim soya beans...sedap sangat....

Tempat yang menarik untuk dikunjungi sambil2 tu bole dapat ilmu la jugak sikit2 kan..so kalau rasa nak pergi sana, bole check laman ni...dalam bahasa Inggeris lagi tu...bole faham insya Allah..

MAKAN TIME :
Dah habis lawatan yang pertama, perut dah mula berbunyi-bunyi...lapar sehhh... so kitorang dibawa ke restauran yang sangat menarik iklannya di luar kedai...
Bole check kat sini pasal restaurant tu ..tapi dalam Nihongo la.. 

comel je kan... restauran Itali...tapi apa yang lagi bestnya sebab diorang ni concern sangat2..masa mula2 diorang tahu yang saya dapat jadi Chiba-kun Taishi ni kan..diorang mula tanya2 apa yang saya bole dan tak bole makan..apa yang saya bole dan tak bole buat...bagus la..walaupun nampak agak menyusahkan diorang tapi saya amat kagum dengan cara diorang menunjukkan keprihatinannya... and thanks to Calvin juga yang banyak tolong jawabkan untuk pihak saya ni kan...





Thanks Gina for this picture..love it...


  
sedap sangat makanan kat sini..huhhh....nanti lain kali bole datang lagi makan ya....best2...

DESTINASI KEDUA :

Jom tengok bunga pula...penah dengar bunga 3 bulan @ Siti Zubaidah...lebih dikenali sebagai HYDRANGEA... banyak sekarang ni..musim dia...so kitorang pergi tengok di Hondo-ji Temple atau juga dikenali sebagai Hydrange Temple..menarik..so apa lagi..jom ambil gambar...gila bunga betul la...



 budak 'wakaranai ' yg sangat comel....kawaiiiii

 
 

 
 




Menarik tempatnya..tapi bila ditanya..temple ni cantik juga masa sakura dan juga musim luruh...wahhhh..kena pergi lagi la nampaknya kan...

Info pasal tempat ni bole cari kat laman ni.. 
Dibuka dari jam 8:00 pagi sampai 4:30 petang setiap hari...
Bayaran masuknya:
Junior Highschool dan ke atas  : 500 yen
Elementary school : 300 yen
10 minit berjalan dari Kita Koganen Station, JR Joban Line (North exit)

DESTINASI KETIGA :

Seterusnya kitorang ke Tojogaoka History Park (Tojogaoka Rekishi Koen)...  besar tempatnya tapi sebab kesuntukan masa, kitorang cuma sempat pergi rumahnya sahaja...macam rumah Jepun dulu-dulu....tetiba rasa macam cerita Rinhanikoma...hmmm..




 sibuk nak dengar penerangan dari pakcik tu...tp pada masa yang sama excited sesangat sbb rasa macm dolu2 je...heheheheheh....



 cantik sangat permandangan luarnya..siap bole nampak skytree tu..





Maklumat mengenai tempat ni..tapi malas nak translate bole tak...hehehehhee

The Tojo Residence, part of the residence for Tokugawa Akitake, 11th household head of the Mito Tokugawa clan, was built in 1884 according to the architectural style of upper-class mansions.
The Tojo Residence has been designated as a National Important Cultural Property.
Tojo History Museum displays assets and materials related to the Tokugawa's of Matsudo.
[Hours]  9:00am-5:00pm (Tojo Historical Museum 9:30am-5:00pm,  Admission until 4:30pm)
[Closed] Mondays (Tuesdays if the Monday is a National Holiday)., Dec 28-Jan 4
[Facilities] Tojo Residence, Tojo Historical Museum, Shountei (Tea house accessible to citizens with advance reservations)
10 minutes walk from East exit of  Matsudo station (JR Joban line)

Tamat sudahlah trip yang pertama sebagai Chiba-kun Ambassador ni...penat tapi berbaloi kot....sangat menarik sebab dapat pegi 3 tempat dalam masa sehari..makan sedap pulak tu..hehehehhee


so sampai sini dulu la ya..nanti kita cerita2 lagi ya..jumpa lagi ya...

Adioss..