Salam sayang dari jauh...lama betul xbuka blog ni kan...semenjak cuti musim panas hari tu la kan...hehehhe...dah balik Malaysia sebulan lebih...pastu balik sini dengan aktiviti yang pelbagai...fuhhh sibuk sangat la konon kan...
![]() |
Welcome! |
Banyak jugakla tempat yang kami pergi sekitar Tokyo...paling jauh pun pegi tengok gunung Fuji..tp tgk jer la kan....kiranya penat jugakla berjalan...Akihabara, Asakusa, Imperial Palace, Harajuku, Nippori, Shinjuku, Shibuya, Disneyland dan Odaiba...ada lagi ke...ohhh, Sawara...tapi kali ni nak cerita pasal 1 tempat jer, Sawara...istimewanya sebab guna kad Chiba-kun Ambassador kakaknya...hehehhe...saya la tu kan...
http://www.katorishi.com/en-sawara.html
Keretapi : turun Sawara Station, JR Narita-line. 15 minit berjalan kaki
Kereta: Higashi Kanto Expressway, 10 minutes dari Sawara-Katori exit
Bas : Kanto Railways Green Bus dari Tokyo Station ke Hokota-station, turun diYasaka.
Keisei bus, dari Hamamatsu-cho, atau Tokyo-station, ke Sawara atau Choshi. Turun di Sawara station north exit, 20 minit berjalan kaki.
Memulakan perjalanan di sekitar Sawara...menarik tempatnya..sebenarnya ini 2nd time ke sini. Kali pertama masa tengok musim panas lepas, tengok Natsu Matsuri kat sini... Menarik sangat tapi sbb panas, so penat sikitla...
So,dah penah pegi bole la nak agak2 jalan bila bawak diorang ni kan...Sambil berjalan mencari destinasi pertama kami dok sakan bergambar di Toyohashi-bridge (Jah-jah bashi)..terasa sangat Jepun ya di sini
Sempat lagi berposing dengan gadis2 Jepun yang berkimono...tengok diorg comel je bila jalan...tp cam penat kan...Tempat ni tak besar sangat, so bole bertembung dengan diorang beberapa kali....tu yang bole minta bergambar tu...hehehehee..alasan kan...
So...kalau sesiapa yang nak rasa suasana Jepun lama yang cantik...dan sangat bersejarah ni boleh la ke Sawara...kalau dari tempat saya jauh jugakla, lebih kurang sejam perjalanan naik train kan...
okla, stop sini je la dulu kan..lain kali saya cerita lagi...banyak lagi tempat yg belum pergi ni... :)
Adioss....
menariknye bawa adik2 jalan2... best tempat ni ;)
ReplyDeleteSyoknya jln =)
ReplyDelete