Sunday 1 December 2013

Chiba Kun 3rd Tour (tapi ke-2 untuk saya ...)

Assalamualaikum...

Salam sayang dari bumi Sakura...hmmm, lama xupdate blog kan...bersawang kejab kann...nk citer pasal Chiba kun la plak kali ni.... Masa 2nd tour hari tu tak boleh nak join sebab si kembar dan kengkawannya datang melawat kan..so join yg ketiga ni jer la...
Muka org excited berjalan...hehehe...

Trip hari tu bermula dengan berkumpul di Chiba shi@ bandar Chiba...naik bas ke Otaki...mengikut jadual sepatutnya ambil masa hampir 3 jam untuk ke sana, tapi sebab lalu jalan highway baru kitorang sampai 1 jam lebih awal....

Persinggahan pertama ialah Yorokeikoku
Boleh jalan ke ni??? hmmmm

Tempatnya memang menarik...kawasan air terjun di tengah hutan...kena jalan hampir 2 km untuk sampai ke air terjun tu...nasib baik la kawasannya cantik...bunyi air tu macam menarik jer...nasib baik la sejuk kan...kalau tak memang dah buang kasut, kita redah ajer sungai yg cetek itu...heheheheee... Sabar ya cik Roslina...


 

  


  

  

Tempat yang sangat sesuai untuk tengok daun bila Autumn and mandi manda bila musim panas..boleh tengok kat website ni  http://www.youroukeikoku.com (tapi Japanese je la)

Persinggahan yang kedua ialah makan time...
Takenoko di 181-2 Kurohara, Otaki-machi, Isumi-gun, Chiba Prefecture 298-0255. Nombor telefon 0470-0368 sebab kena tempah dulu sebelum pegi. Ada website dia kalau nak check kan http://otaki-takenoko.main.jp/index.html tapinya dalam bahasa Jepun la ya...






Makanan jepun yang cantik dan kecik2 je hidangan dia...yg warna putih tu rebung...sedap sangat.. Saya yang tak minum sangat green tea ni bole habiskan 2 cawan kottt...semua sedaplahh...

Persinggahan yang ketiga adalah Otaki Castle Museum
Saya cuma pernah ke Imperial Palace di Tokyo jer..tapi kat situ tak boleh masuk kan..sini bole masuk...menarik jugakla...macam banyak jer istana di Jepun ni yang warna putih kan... tapi tak semua la...ada la yang warna lain.. istana tu ada 4 aras..menarik tapi tak bole ambil gambar kat dalam tu... cuma bole ambil gambar di luar istana and di aras 1 je..tp okla kan... so kalau nak tahu apa yg ada dalam tu kena la datang sendiri ya... 

kagum sebenarnya tengok pokok ni..dah kena ada tongkat lagi...




Masuk ni ada bayaran dia tapi tak mahal sangat la...bawah ni info dia..malas nak translate..hehehehee
Admission: 200 yen for adults, 100 yen for college/high school students, free for students under high school and senior citizens 
Hours: 9:00AM - 4:30PM, Tuesday - Saturday
Address: 281 Otaki, Otaki-machi, Isumi-gun, Chiba Prefecture 298-0216
TEL: 0470-82-3007
Websitehttp://www2.chiba-muse.or.jp/?page_id=362

Persinggahan yang ke-4 ialah Muzium Otaki...
Kat sini ada tunjuk perkembangan bandar ni..menarik jugakla..ada banyak barang lama yang dipamerkan...dari dulu sampai sekarang ni la...




Persinggahan kelima yang ialah Dental Support Otaki Station
Nama dia je tu, takda kena mengena dengan pergigian..katanya ambil sempena nama company yang bagi sponsor untuk mulakan projek ni..nama dia Isumi Railways sebenarnya..ni macam keretapi bersiar-siar..menarik...tema dia dalam train ni kartun Moomin Characters.
 
Gambar2 ini diambil dari Mr. Google.. 

Cantikkann...mesti pegi masa Spring nanti..harap2 sempat la ya..hehehehee....menarik sangatttt....kitorang diberi penerangan je...xsempat naik yg bergerak pun...hmmm..nanti datang lagi lah...




sempat lagi berangan tuhhh...

So sampai situ je la trip Chiba Kun Ambassador nihh...walaupun penat, menarik sangat...kalau nak pegi sendiri lambat sikit la...nasib baik ada program ni kan...Otaki bandar kecil di tengah Chiba yang menarik...sila2kanlah ya pada sesiapa yang teringin nak datang....


Sampai sini dulu la cerita saya ya..lain kali saya cerita lagi k....

Adiossss